Saturday, May 8, 2010

jom kite ke kisah teladan

PAHLAWAN NERAKA
suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak islam dengan musyrik. kedua-dua
belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. tiba saat
pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-
masing. di sana Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat telah berkumpul membincangkan
tentang pertempuran yang berlaku. peristiwa yang mereka alami itu masih terbayang2 di
ruang mata mereka. dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang
daripada mereka iaitu Qotzman. semasa pertempuran dengan musuh, dia kelihatan seperti
seekor singa yang lapar membaham mangsanya. dengan keberaniannya itu, dia telah
menjadi bahan mulut ketika itu.

"tidak ada pun salah seorang daripada kita dapat menandingi Qotzman", kata salah seorang
daripada mereka. mendengar perkataan itu, Rasulullah pun berkata, "sebenarnya dia adalah
penduduk neraka," para sahabat hairan dengan jawapan Rasulullah. bagaimana seorang
yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan islam boleh masuk ke neraka? para
sahabat berpandangan sesama sendiri. lantas Baginda bersabda "semasa Qotzman dan
Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah
akibat di tikam musuh. badannya di penuhi darah. dengan segera Qotzman meletakkan
pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang di hadapkan ke dadanya. lalu dia terus
membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya.

"dia melakukan perbuatan itu kerana tidak tahan dengan kesakitan yang di tanggung dari
lukanya. akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuh, tetapi kerana membunuh
dirinya sendiri. melihatkan keadaannya yang parah, ramai sangka dia akan masuk ke
syurga. tetapi dia telah tunjukkan dirinya adalah penduduk neraka," menurut Rasulullah lagi
sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, "Demi Allah, aku berperang bukan kerana
agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan Kota Madinah supaya tidak di hancurkan
kaum quraisy. aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. kalau tidak
kerana itu, aku tidak akan berperang."

0 comments: